Dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, sempat dengar motivasi pagi di radio. Tajuk yang dibincangkan adalah berkaitan minda. Saja nak post kat blog untuk simpanan dan perkongsian dengan anda yang sudi singgah di blog saya ni.
Minda
Ada 3 kategori minda:
- Minda sedar
- Minda separa sedar
- Minda tidak sedar
- Ibubapa
- Kawan-kawan
- Pasangan
Ibubapa sering memberikan sesuatu yang negative kepada kita sejak dari kecil. Sebagai contoh, jika kita nakal semasa kecil, mereka akan takutkan kita dengan polis, hantu dan sebagainya. Akibatnya, kita akan menjadi takut apabila melihat polis dan terbawa-bawa sehingga ke dewasa.
Kawan-kawan disekeliling juga memberi pengaruh yang negatif kepada kita dengan perbuatan dan pertuturan mereka. Kita juga mungkin akan memberi pengaruh negative kepada kawan-kawan.
Pasangan juga antara orang yang terpenting dalam kehidupan seharian kita. Jika pasangan kita negative, mungkin mereka akan mempengaruhi kita. Tetapi, jika mereka positif, kemungkinan mereka akan memberikan pengaruh positif itu kepada kita.
Kita mesti sentiasa berfikiran positif, dan jangan gunakan perkataan yang negative dalam ayat-ayat/perbualan kita. Contohnya, jika ingin meminta bantuan seseorang, elakkan berkata : “Boleh tolong tak?”. Seeloknya katalah, “Boleh tolong saya?”. Elakkan penggunaan perkataan negative seperti TAK dibelakang ayat, terutamanya jika ingin bercakap dengan anak-anak. Wallahua’alam….
No comments:
Post a Comment