Saya dan suami teringin benar nak makan roti naan. Tapi kat sini tak tahu kat mana ada jual roti naan yang halal. Godek punya godek, jumpalah resepi roti naan yang mudah kat sini (sayasukamasak.wordpress.com). Siap dengan gambar step-by-step lagi. Kepada tuan rumah, mohon copy paste ye. Nak resepi asal, boleh ambil di blog ni, saya punya dah diolah2 sedikit mengikut kesesuaian.
Roti Naan (dapat 4 keping)
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu cair (saya guna susu segar)
1/4 biji buah lemon (saya guna separuh limau nipis)
1/2 sudu yis
1 sudu marjerin
1 sudu gula castor
1/2 sudu teh garam
Cara-cara
1. Campur yis dengan air suam, biarkan kembang (berbuih)
2. Perahkan lemon ke dalam cawan berisi susu untuk dijadikan tairu (atau boleh guna plain yogurt)
3. Campurkan kesemua bahan kering dalam mangkuk lain. Gaul tinggi-tinggi sehingga sebati. Tujuan gaul tinggi-tinggi supaya angin dapat masuk dalam adunan.
4. Buat lubang ditengah-tengah adunan dan masukkan yis yang telah kembang beserta tairu. Uli adunan sehingga sebati.
5. Tambahkan sedikit air jika doh terlalu kering. Uli sehingga adunan tidak melekat. Rehatkan doh dan tutup dengan kain lembab.
6. Setelah doh kembang, tumbuk doh dan canai. Bakar menggunakan oven atau boleh juga menggukanan non-stick pan.
5. Sedap di makan bersama kuah dalca dan ayam tandoori. Selamat mencuba.
Friday
Thursday
Pizza Roti
Pizza Roti |
Ni breakfast kami pagi tadi. Dah berkali-kali cuba nak buat pizza tapi tak menjadi. Mungkin masalah oven kot. Huhu. Senang je resepi roti pizza ni. Cuma perlu roti sebagai base dan sosej, sayur-sayuran dan shredded cheese sebagai topping. Masuk dalam gril dan jadilah roti pizza. Senang dan cepat. Selamat mencuba. :)
Nasi Tomato
Dah lama sangat teringin nak buat nasi yang macam-macam ni. Bila belek-belek resepi, bahan-bahan untuk nasi tomato ni memang dah sedia ada kat rumah. So, jadilah ia nasi tomato seperti gambar kat bawah ni. Enak dimakan bersama ayam masak merah. Tapi saya kenakan nasi ni dengan kurma ayam dan acar masak. Kuah kurma kasi pekat-pekat sikit barulah yum!!
Bahan-bahan (4 orang makan)
2 cawan beras
2 cawan air + 1/2 cawan susu
2 biji tomato - dipotong dadu
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan - optional (sekadar mewangikan nasi)
sedikit garam
Bahan tumis
2 sudu besar mentega/minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih - hiris
1/4 biji bawang besar - hiris
Cara-cara
1. Basuh beras dan ketepikan.
2. Panaskan mentega/minyak sapi. Tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan beras dan kacau sekejap (dalam 1-2 minit) kemudian masukkan sos tomato, tomato yang dipotong, air dan susu. Masukkan juga daun pandan dan sedikit garam.
4. Masak nasi seperti biasa.
5. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.
Wednesday
Dapur, Jalan ke Syurga untuk wanita
Salah satu pesan orang tua kepada anak perempuannya adalah “Cinta suami bermula dari perut”.
Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.
Homemade Burger
Disebabkan di perantauan ni susah nak mencari burger yang halal, jadi seorang suri rumah perlu ada inisiatif sendiri untuk membuat burger sendiri. Nak try? Jom tengok resepi ni.
Homemade Burger
Bahan-bahan
250g daging cincang
1/2 sudu teh garam
sedikit serbuk lada sulah
sebiji telur
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Perapkan daging cincang bersama garam dan serbuk lada sulah. Kemudian masukkan sebiji telur dan gaul sebati.
2. Bulatkan daging yang telah diperap tadi seperti bentuk bola. Masukkan ke dalam kuali leper non-stick. Semasa menggoreng, leperkan daging tadi seperti bentuk burger.
3. Terbalikkan daging yang sudah digoreng dan letakkan sedikit keju parut. Ini supaya daging burger tadi tidak terbarai.
4. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Asam Pedas Kepala Ikan Merah
Dah bersawang blog ni rupanya. Nasib baiklah dapur masih tak bersawang lagi. Sibuk dengan urusan itu ini sampai tak terupdate blog ni. Oklah, kali ni dapur saya nak mempersembahkan lauk yang terkenal dari negeri di sebelah selatan Malaysia iaitu Kuah Asam Pedas resepi mama dan mama mertua saya. Asam pedas yang saya masak hari ini adalah asam pedas kepala ikan merah.
Cara-cara
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga agak garing.
2. Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan air mengikut citarasa. Kalau mahukan kuah yang pekat, letak sedikit air sudah memadai.
3. Kemudian bolehlah masukkan kepala ikan merah tadi diikuti dengan garam, gula dan daun kesum.
4. Tunggu sehingga ikan masak, sebelum matikan api, bolehlah diletakkan tomato yang telah dipotong.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Asam Pedas Kepala Ikan Merah (2 orang makan)
Bahan-bahan
Kepala ikan merah (dibelah dua)
1/2 ulas bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup * (kalau takde, boleh gantikan dengan serbuk kunyit)
20 keping cili kering * (kalau suka pedas, boleh tambah lagi)
sedikit belacan * (* dikisar)
garam dan gula
sedikit air asam jawa
daun kesum
tomato untuk hiasan
Cara-cara
1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga agak garing.
2. Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan air mengikut citarasa. Kalau mahukan kuah yang pekat, letak sedikit air sudah memadai.
3. Kemudian bolehlah masukkan kepala ikan merah tadi diikuti dengan garam, gula dan daun kesum.
4. Tunggu sehingga ikan masak, sebelum matikan api, bolehlah diletakkan tomato yang telah dipotong.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Subscribe to:
Posts (Atom)