Wednesday

Asam Pedas Kepala Ikan Merah

Dah bersawang blog ni rupanya. Nasib baiklah dapur masih tak bersawang lagi. Sibuk dengan urusan itu ini sampai tak terupdate blog ni. Oklah, kali ni dapur saya nak mempersembahkan lauk yang terkenal dari negeri di sebelah selatan Malaysia iaitu Kuah Asam Pedas resepi mama dan mama mertua saya. Asam pedas yang saya masak hari ini adalah asam pedas kepala ikan merah.


Asam Pedas Kepala Ikan Merah (2 orang makan)

Bahan-bahan
Kepala ikan merah (dibelah dua)
1/2 ulas bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup * (kalau takde, boleh gantikan dengan serbuk kunyit)
20 keping cili kering * (kalau suka pedas, boleh tambah lagi)
sedikit belacan * (* dikisar)
garam dan gula
sedikit air asam jawa
daun kesum
tomato untuk hiasan

Cara-cara

1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga agak garing.
2. Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan air mengikut citarasa. Kalau mahukan kuah yang pekat, letak sedikit air sudah memadai.
3. Kemudian bolehlah masukkan kepala ikan merah tadi diikuti dengan garam, gula dan daun kesum.
4. Tunggu sehingga ikan masak, sebelum matikan api, bolehlah diletakkan tomato yang telah dipotong.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.


Photobucket

No comments: