Friday

Berkebun di tanah orang

Aktiviti berkebun ni sebenarnya kesukaan suami. Sejak kahwin, jadi terikut-ikut pulak berkebun. Tambah lagi kat sini bahan-bahan masakan macam cili dan daun kesum tu susah nak dapat. Kalau ada jual pun, harga dia mahal sangat.

Ni ada dua jenis tanaman yang biasa diguna dalam bahan masakan yang sempat saya tanam di rumah sewa ni. Harap-harap hidup suburlah pokok-pokok ni.

Daun kesum ~ Sesuai untuk laksa penang dan asam pedas

Anak pokok cili ~ Harap tumbuh dengan sihat




Photobucket

Mari Menjala Roti

Semalam memang dah takde idea sangat nak masak apa, last-last terfikir nak try buat roti jala. Acuan yang diberi oleh seorang kakak masa awal-awal sampai sini dulu, tak pernah digunakan lagi. Apa lagi, main jala-jala lah kita.



Disebabkan bukan keturunan nelayan (baca: tak reti menjala) maka, hasilnya tak berapa nak memuaskan lah seperti gambar di atas, tapi rasa, alhamdulillah. Boleh diterima tekak suami lagi. Tu paling penting. Hehe. Ni resepi roti jala untuk 2 orang makan. Selamat mencuba.

Roti Jala


Bahan-bahan



1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
margerin/minyak

Cara-cara



1. Campurkan air, telur, serbuk kunyit dan garam.
2. Kemudian campurkan bahan-bahan tadi dengan tepung, kacau sampai sebati tanpa berketul-ketul. Kalau nak senang blender je semua bahan-bahan tu.
3. Panaskan non-stick pan dan lenserkan dgn sedikit margerin/minyak.
4. Masukkan adunan kedalan acuan roti jala dan tebarkan dalam pan.
5. Bila dah sedikit garing, angkat.


6. Boleh dihidangkan bersama kuah kari ataupun sambal tumis.


Photobucket

Nasi Lemak Kukus



Disebabkan kerajinan dan takde kerja, maka sesaja lah nak try buat nasi lemak kukus (baca:nak try pengukus baru). Godek punya godek, jumpalah resepi nasi lemak kukus yang simple kat blog E-Na Lovely Kitchen. Minta izin copy paste resepinya di sini ya.

Nasi Lemak Kukus


Bahan-bahan



450 gram beras ~ saya guna 225g long grain rice
150 ml santan tin (pekat) ~ 75ml utk 225g beras
100ml air ~ 50ml
1/2 sudu kecil halba ~ saya tak letak
1/2 sudu kecil garam
3 hiris halia
1 ulas bawang putih- di hiris nipis ~ tak letak jugak
1 helai daun pandan (optional)
Bahan-bahan lain:
100ml air panas / suam (jika perlu)

Cara-cara
1. Cuci beras dan rendam selama 1 jam.
2. Didihkan air di dalam pengukus, masukkan beras ke dalam kukusan bersama sehelai daun pandan.
3. Ratakan kemudian lubangkan dengan jari di beberapa tempat. Kukus selama 15 minit.
4. Di dalam bekas masukkan santan, air, garam, halba dan bawang putih. Kacau sikit. Kemudian masukkan nasi ke dalam bekas santan dan kacau rata.
5. Tuang semula nasi ke dalam pengukus, ratakan dan buat lubang seperti tadi. Kukus lagi 15 minit.
6. Jika nasi masih keras, angkat dan masukkan ke dalam bekas dan masukkan 100ml air panas / suam (sejuk pun boleh) dan kacau rata. Kukus semula selama 10 minit.
7. Setelah masak angkat dan masukkan ke dalam rice cooker, tekan button warm untuk kekal panas.
8. Sedia untuk dihidangkan.






Photobucket

Thursday

Menu pagi Syawal

Dah lama pulak tak update blog. Bukan mood raya sangat pun, tapi takde mood nak mengupdate. Sedih sungguh beraya di negara orang, takde saudara mara ditambah lagi keluarga Malaysia di sini tak merayakan Aidilfitri pada hari yang sama. Jadinya, berduaan dgn suami jelah sambut 1 Syawal tahun ni.
Tapi, walaupun berdua je, juadah tetap meriah you. Dah lah 1st time ni buat semua lauk-pauk tu dari A-Z. Alhamdulillah, menjadi jugak rendang daging, kuah kacang, nasi impit, dan sate. Tapi tak sempat la pulak nak photoshoot pulak, yang sempat sate ayam dan nasi impit je.

Sate ayam Samurai bak kata suami...sebabnya sate ni panjang sangat..

Nasi impit

Nasi impit yang siap dipotong dan dimakan

Salam Aidilfitri....



Photobucket