Friday

Kek Coklat Best

Lama rasanya tak update blog ni. Dah bersawang-sawang jadinya.
Minggu lepas balik ke rumah family, tu yang takde masa nak update.
Maklumlah, kat rumah tu ada kenduri kahwin along, tak sempat nak cek-cek blog pun.

Cakap pasal kenduri kahwin along, baru lah sekarang ni dapat merasa kek buatan tangan kak Yati dari Pat Bakery. Selama ni duk order kek dia untuk bg hantaran je. Hari tu along order dua kek, satu untuk hantaran bg lelaki, satu lg hantaran pihak lelaki bg perempuan. Maklumlah, keluarga sebelah lelaki tu duk jauh. Kalau diorang bawak kek dari tempat diorang, mau cair kek tu.

Kek dia memang marvellous la. Dekorasi kek tu, tak payah cakap la kan, memang cantik. Dari masa hantaran tunang along, hantaran kahwin saya dulu pun dah tau cantik. Sekali bila rasa haritu, aduh, memang sedap sangat-sangat. Cukup rasa bak kata orang.

Sesiapa rasa nak order kek hantaran ke, cookies ke, muffin, cupcakes dan segala macam lagilah, boleh la melawat blog kak Yati (Pat Bakery) ni. Kat bawah ni saya sertakan sekali gambar kek yang sangat sedap tu. Thanks kak Yati...

kek dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

No comments: