Wednesday

Kuih Cik Mek Molek



Kuih ni berasaskan ubi keledek dan rasanya berasal dari negeri pantai timur. Kalau tak silap, dari Kelantan. Hari tu hubby nak try makan ubi keledek lepas dia tahu yang ubi keledek ni bagus untuk kesihatan. Ada lebih tu, sajalah try buat kuih ni. Resepi ni dari ibu tersayang.

Resepi Kuih Cik Mek Molek

Bahan-bahan
3 biji ubi keledek sebesar tapak tangan
5 sudu tepung gandum
gula

Cara membuat
- Rebuskan ubi keledek lebih kurang 10-15 minit. Agak-agak empuk lah.
- Setelah empuk, lenyekkan ubi keledek dalam bekas besar.
- Kemudian tambahkan tepung gandum dalam bekas yang berisi ubi keledek yang telah dilenyek. Kalau rasa-rasa adunan masih lembik, tambahkan sedikit lagi tepung. Tapi jangan terlalu banyak, nanti rasa tepung pulak.
- Bila agak-agak adunan dah tak melekat, uli adunan tu dan masukkan sedikit gula (macam nak buat onde-onde) dan gentel.
- Lepastu boleh goreng dan siap untuk dihidangkan.
- Sesuai dijadikan makanan petang sambil minum kopi atau teh panas. Selamat mencuba!!

No comments: