BLENDED BANANA CHOCOLATE CAKE
Bahan-bahan
4 biji pisang - potong kecil
180 gm minyak masak/jagung
2 biji telur
3/4 cawan gula perang
1 1/2 cawan tepung kek (kurangkan 5 sudu) *
1 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh soda bicarbonat *
5 sudu besar serbuk koko * (* diayak)
1/3 cawan coklat cips
sedikit badam hiris sebagai hiasan
Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 minit.
2. Kisar pisang, gula, telur dan minyak kemudian tuang dalam mangkuk besar.
3. Campurkan bahan yang telah diayak tadi bersama bahan yang dikisar. Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
4. Setelah rata, tuang adunan dalam loyang yang telah digris atau dialas kertas.
5. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment