Thursday

Kuih Kayu Keramat

Kayu Keramat

Kuih kayu keramat ni memang favourite sepanjang zaman. Kalau balik Kijal je, mesti sarapan nasi dagang dengan kayu keramat ni. Dulu masa Ki masih hidup, Ki lah yang rajin belikan sarapan untuk anak cucu. Turun dapur je, dah terhidang dah sarapan best ni. Tiba-tiba rindu kat Ki. Semoga arwah Ki dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan di kalangang orang beriman. Amin.
Lari topik pulak. Kalau nak tahu, kuih kayu keramat ni best kalau cicah dengan kuah nasi dagang. Sebab hari Ahad tu kuah nasi dagang ada lebih sikit lagi, makanya try lah buat kuih ni. Pun 1st time mencuba. Nak try? Meh salin resepi kat bawah ni.

Kuih Kayu Keramat (KKK)
Bahan-bahan


500g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh yis
6 sudu makan gula
1 sudu makan marjerin
300ml air suam

Cara-cara


1. Bancuh yis dengan sedikit air dan biarkan kembang. Bancuh gula dengan air lebihan bancuhan yis tadi.
2. Gaul tepung dengan marjerin sehingga sebati kemudian masukkan soda bikarbonat, gaul rata.
3. Masukkan air gula dan yis. Uli sehingga sebati dan biarkan kembang sekali ganda (biarkan +/- sejam)
4. Goreng sehingga kuih bertukar warna coklat. Sedia dihidang.


Photobucket

No comments: