Monday

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Dah lama tak update blog dengan resepi-resepi percubaan ni. Semalam saya dan suami membuat percubaan masak ayam panggang. Semua ni gara-gara tengok iklan Kenny Roger's kat tv hari Jumaat lepas.

Disebabkan tempat kami ni jauh dari bandar dan susah nak dapat makanan-makanan sedap mcmni, saya pun google lah resepi ayam panggang dan terjumpa resepi yang ala-ala KR tu kat sini. Kepada tuan blog, saya mohon copy ye resepi tu kat sini.


Resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) - saya guna ayam part dada yg dibelah 2
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih-saya guna lebih sebab takde herba campuran
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – saya juga gantikan dengan 1 1/2 sudu sos tiram + 2 sudu kicap pekat + 1 1/2 sudu lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran-yang ni tak letak pun
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar
  • Sedikit mentega



  1. Semua bahan-bahan di atas kecuali ayam dan mentega dikisar dengan sedikit air.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- saya juga perap semalamam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (jgn byk sangat, nanti terlebih rasa mentega). Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Siap dimakan. Saya hidang bersama fries, baked bean dan juga coleslaw. Hasilnya sangat best!!

Friday

1Malaysia

Gambar Ihsan Google Image


Semalam, sementara menunggu bas yang ingin dinaiki tiba, saya berlegar-legar di sekitar kawasan untuk mencari port yang sesuai untuk menunggu. Kemudian, terlihat satu bangku yang separa kosong di satu ruang.

Di bangku itu kelihatan seorang perempuan berbangsa India yang agak berusia. Saya menghampiri dan duduk di situ. Sempat saya menghulurkan sebuah senyuman kepada perempuan India itu dan dia juga membalas senyuman saya dengan wajah yang sangat mesra.

Dalam hati terasa seperti mahu beramah mesra, tapi bimbang jika penguasaan Bahasa Malaysianya lemah dan tidak berapa faham dengan apa yang akan saya katakan. Maklumlah, kadang-kadang mereka yang berumur yang bukan berbangsa Melayu ni pemahaman BM mereka agak lemah. Jadi saya mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

Tiba-tiba nenek India itu bersuara. Katanya dia sedang menunggu cucunya. Dalam hati terasa begitu bangga sekali kerana BM nenek India tersebut sangat lancar dan sangat jelas. Tiada bunyi dialek India bercampur dalam BMnya. Saya sangat kagum dengan nenek India tersebut. Sebelum melangkah pergi, sempat dia berkata, "Jalan dulu." kepada saya.

Sehingga sekarang pun, masih lagi kagum dengan nenek India tu. Semangat ni lah yang kita perlukan. Sebagai rakyat Malaysia, setiap rakyatnya perlu fasih berbahasa Malaysia.

Monday

Mee Hailam


Resepi ni rasanya ambil dari MyResipi juga. Kat bawah ni bahan-bahannya.

Bahan



  • 2 ulas bawang besar (cincang)
  • 4 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan tepung jagung (kalau suka pekat, tambahkan lagi)
  • Daging, ayam, udang (mengikut kesukaan)
  • Sayur-sayuran (kobis bunga, carrot, sawi)
  • Sedikit garam (jika perlu sbb sos tiram dah masin)



  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan daging dan sedikit air. Tunggu sehingga daging benar-benar masak.
  • Masukkan sos tiram, kicap manis dan juga serbuk lada hitam.
  • Bancuhkan tepung jagung dan masukkan beserta dengan udang.
  • Selepas udang masak dan air mendidih, masukkan sayur-sayuran. Bila sayur dah masak, boleh padamkan api.
  • Bila dah masak, bolehlah di tuangkan atas pinggan yang berisi mee kuning.
  • Selamat mencuba :)

Saturday

Soto Ayam



Makanan tengah hari kami untuk hari ni. Resepi ni di ambil dari MyResepi. Jom try. Mintak izin share resepinya kat sini ye.

Bahan-bahan (sekeluarga)
1 ekor ayam-dipotong kecil
5 sudu mkn rempah soto-dibancuh dgn air (saya guna rempah sup)
6 ulas bwg kecil - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
1 inci halia - kisar
2 batang serai-dititik
garam dan sedikit gula utk gantikan ajinomoto
1 batang kayu manis

Cara-cara

- Panaskan sedikit minyak dlm periuk, tumiskan kayu manis, bhn kisar dan serai hingga wangi.
- Masukkan rempah soto kacau sebati hingga wangi tambah air secukupnya.
- Apabila mendidih masukkan ayam, garam dan sedikit gula. Masak hingga ayam empuk, tutuplah api.
- Hidangkan dgn nasi impit, mee kuning atau bihun
- Tambah taugeh, daun sup, bwg goreng serta sambal kicap. Manja tambahkan kentang dlm kuahnya (saya pun letak kentang dlm sup).Selamat mencuba...!

Tambahan(sambal kicap)

Cili api secukup rasa (ikut suka, kalau suka pedas boleh letak byk)
3-4 ulas bawang putih
sedikit gula
kicap

Kisarkan kesemua bahan tadi sehingga lumat.



Thursday

Ikan Sardin Tumis Cili Api




Semalam terfikir-fikir nak masak lauk apa untuk makan malam. Teringat kat dalam peti ais ada lebihan sardin haritu tapi dah takde sos dia. Fikir punya fikir, teringat nak masak sambal tumis cili api. Ambil resepi ni dari blog Resepi Nannie. Mintak izin utk share ye.


BAHAN -BAHAN:

1 tin besar sardin
1 cawan minyak
1 biji bawang besar
8 biji cili api (saya guna 6 biji cili api + 1 btg cili merah)
2 biji bawang merah
1/2 sudu kecil asam jawa segera
Sedikit garam dan gula

CARA MEMASAK:

1) Asingkan ikan sardin dari kuah. Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sampai agak garing atau betul-betul garing. Kuah ikan sardin tidak akan digunakan untuk resepi ini.

2) Bawang merah dan cili api ditumbuk lumat.

3) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi, biar sampai naik bau kemudian masukkan bawang besar, kacau sampai bawang besar agak layu dan terus masukkan ikan sardin, asam jawa, garam dan gula. Kacau lagi sehingga semua adunan menjadi mesra dan boleh la ditutup api.

Selamat Mencuba

Wednesday

Disebabkan semalam Johor bercuti sempena Hari Hol Almarhum Sultan, jadi pagi tu sempatlah buat breakfast berat-berat sikit. Maklumlah, kalau bercuti ni jadual makan akan lari sikit. Lunch akan jadi lambat sikit, tu yang harus buat breakfast berat-berat supaya pukul 11 tak rasa lapar lagi.

So, pagi semalam buatlah Kuew Tiaw. Ingatkan nak buat ala-ala, Char Kuew Tiaw. Tapi tak menjadi pulak. Maka, jadilah kuew tiawnya seperti gambar di bawah ni.


Ingatkan tengah hari tu nak try buat ayam goreng bersalut oat, tapi disebabkan keluar berdating dengan suami, maka tak jadilah nak masak-masak tengah hari.

Lunch kami





Saturday

Ayam Penyet

Dah lama nak mencuba resepi ni. Baru harini berkesempatan membuatnya. Saya ambil resepi ni dari MyResipi, tapi cuma ambil resepi ayamnya saja.


Bahan untuk ayam


  • 1 ekor ayam (potong 8, rebus sepuluh minit dan tos. Air rebusan ayam saya gunakan untuk buat sup)
  • 1/2 sudu besar jintan manis - goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1/2 sudu besar jintan putih - goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar ketumbar - goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam (saya tak letak)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • sedikit air
  • 1 sudu kecil garam



Bahan untuk sambal


  • sedikit minyak masak
  • 10 batang cili merah 
  • 10 biji cili padi (kalau nak pedas, lebihkan)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 10 biji bawang kecil (hiris)
  • 5 biji tomato (potong dadu)
  • 5 cm belacan
  • 2 sudu ikan bilis
  • 3 sudu gula merah (saya guna gula biasa)


Cara memasak
Ayam


  • Kisarkan semua bahan kecuali minyak masak sehingga halus.
  • Kemudian perapkan ayam dengan bahan kisar tadi. Kalau dapat perap semalam lagi sedap.
  • Lepas perap, golekkan ayam pada tepung beras, kemudian goreng garing.


Sambal


  • Goreng ikan bilis sehingga garing, ketepikan.
  • Goreng belacan seketika dan angkat.
  • Masuk bawang merah, bawang putih dan cili.
  • Selepas semua bahan tadi layu, masukkan pula tomato.
  • Gaulkan rata dan angkat.
  • Sejukkan bahan goreng tadi, kemudian kisar separa halus.
  • Masukkan dalam periuk & panaskan

Selamat mencuba J