Bahan-bahan (sekeluarga)
1 ekor ayam-dipotong kecil
5 sudu mkn rempah soto-dibancuh dgn air (saya guna rempah sup)
6 ulas bwg kecil - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
1 inci halia - kisar
2 batang serai-dititik
garam dan sedikit gula utk gantikan ajinomoto
1 batang kayu manis
Cara-cara
- Panaskan sedikit minyak dlm periuk, tumiskan kayu manis, bhn kisar dan serai hingga wangi.
- Masukkan rempah soto kacau sebati hingga wangi tambah air secukupnya.
- Apabila mendidih masukkan ayam, garam dan sedikit gula. Masak hingga ayam empuk, tutuplah api.
- Hidangkan dgn nasi impit, mee kuning atau bihun
- Tambah taugeh, daun sup, bwg goreng serta sambal kicap. Manja tambahkan kentang dlm kuahnya (saya pun letak kentang dlm sup).Selamat mencuba...!
Tambahan(sambal kicap)
Cili api secukup rasa (ikut suka, kalau suka pedas boleh letak byk)
3-4 ulas bawang putih
sedikit gula
kicap
Kisarkan kesemua bahan tadi sehingga lumat.
No comments:
Post a Comment