Friday

1Malaysia

Gambar Ihsan Google Image


Semalam, sementara menunggu bas yang ingin dinaiki tiba, saya berlegar-legar di sekitar kawasan untuk mencari port yang sesuai untuk menunggu. Kemudian, terlihat satu bangku yang separa kosong di satu ruang.

Di bangku itu kelihatan seorang perempuan berbangsa India yang agak berusia. Saya menghampiri dan duduk di situ. Sempat saya menghulurkan sebuah senyuman kepada perempuan India itu dan dia juga membalas senyuman saya dengan wajah yang sangat mesra.

Dalam hati terasa seperti mahu beramah mesra, tapi bimbang jika penguasaan Bahasa Malaysianya lemah dan tidak berapa faham dengan apa yang akan saya katakan. Maklumlah, kadang-kadang mereka yang berumur yang bukan berbangsa Melayu ni pemahaman BM mereka agak lemah. Jadi saya mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

Tiba-tiba nenek India itu bersuara. Katanya dia sedang menunggu cucunya. Dalam hati terasa begitu bangga sekali kerana BM nenek India tersebut sangat lancar dan sangat jelas. Tiada bunyi dialek India bercampur dalam BMnya. Saya sangat kagum dengan nenek India tersebut. Sebelum melangkah pergi, sempat dia berkata, "Jalan dulu." kepada saya.

Sehingga sekarang pun, masih lagi kagum dengan nenek India tu. Semangat ni lah yang kita perlukan. Sebagai rakyat Malaysia, setiap rakyatnya perlu fasih berbahasa Malaysia.

No comments: