Monday

Nasi lemak sambal kerang

Sarapan pagi dan bekal tengah hari suami pagi ni


Dah lama tak makan sambal kerang. Sabtu lepas ke Inala, sempatlah ambik kerang yang dah frozen ni.

Nasi Lemak


Bahan-bahan:


2 1/2 cawan beras
2 cawan santan*
1 1/4 cawan air * (*bergantung pada jenis beras)
secubit garam
halia - hiris nipis
daun pandan - optional

Cara masakan



  1. Basuh beras seperti biasa. Tuangkan santan dan air. Tambah atau kurangkan ikut kesesuaian.
  2. Masukkan halia yang dihiris nipis dan tabur secubit garam.
  3. Tanak nasi macam biasa.


Sambal Kerang


Bahan-bahan


400g kerang yang dibuang kulit
1 biji bawang besar *
3-4 ulas bawang putih * (*dikisar)
cili kisar
1 1/2 sdb pes asam jawa - bancuh dengan sedikit air
air
garam dan gula secukup rasa

Cara masakan



  1. Tumis bawang yang dikisar dan cili kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan kerang, biar kerang masak seketika.
  3. Masukkan bancuhan asam jawa. Kalau suka berkuah, boleh tambahkan air.
  4. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula.
  5. Tunggu mendidih seketika sebelum ditutup api.




Photobucket

Sunday

Biskut Coklat Chip ala Famous Amos


Terima kasih banyak-banyak pada pemilik blog Nshafeareen sebab sudi kongsikan resepi biskut ni. Dah lama cari resepi biskut coklat chip yang sedap dengan bahan yang mudah ni. Hasilnya memang sangat memuaskan hati, sedap sangat. Rumah pun dah bau macam kedai Famous Amos gitu. Minta izin tuan blog untuk copy paste resepinya di sini ye.

Biskut Coklat Chip Ala Famous Amos
Sumber : Nshafeareen®


Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )

1 cawan gula
1 cawan padat gula perang
1 cawan mentega (~150gm)
1 cawan minyak - saya guna mentega yang dicairkan
1 biji telor
1 sb susu segar- guna susu sejat pun boleh
4 cawan tepong gandum
1 sk garam
1 sk cream of tartar - gantikan dengan jus lemon/limau kasturi
1 sk baking soda
½ cawan walnut cincang - optional
2 cawan semisweet chocolate chips
1 sk vanilla extract
*hasue tambah sedikit serbuk koko - sheila pun tambah juga - saya pun tambah dalam 1 sudu besar

Cara-cara

1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
2. Masukkan bahan-bahan kering yang dah diayak, walnut dan chocolate chips
3. Apabila dunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.



Photobucket

Roti Canai Telur


Ni hasil campur adukkan resepi dari internet dan resepi yang dah sedia ada. Kalau ikut resepi yang sedia ada tu, hasilnya tak berapa lembut sangat. Yang ni, alhamdulillah, lembut daripada yang biasa buat. Jom tengok resepinya.

Roti Canai


Bahan-bahan


3 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu segar/sejat
1/4 cawan air
1 biji telur
2 1/2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
secubit soda bikarbonat

Cara membuatnya :



  1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar, gaul rata.
  2. Dalam bekas lain, pukul telur, susu dan air.
  3. Buat lubang di tengah adunan tepung tadi dan tuang bancuhan telur tersebut. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan marjerin dan uli perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang elastik.
  5. Bahagikan doh kepada 8 bahagian kecil. Bentukkan menjadi bola kecil dan perap dengan minyak selama 2-4 jam atau semalaman.
  6. Sapukan papan pencanai dengan minyak, canaikan doh tadi. Pastikan tangan juga berminyak, baru senang nak canai. Boleh tengok teknik mencanai di dalam video ni - Teknik mencanai roti paratha/roti canai.




Photobucket

Saturday

Pizza Lagi



Resepi base pizza ni saya ambil dari blog Dayang Jack. Minta izin tuan punya blog utk copy resepinya dan paste di blog saya ye. Terima kasih daun keladi.

Pizza Base
Resepi Asal : Dajang Jack @ DapurKu SaYang



Bahan-bahan:


2 cawan tepung roti - saya guna tepung gandum
2 sk yis mauripan
90 ml air suam
70 ml susu segar suam
1 sk garam halus
2 sb gula
1 sb marjerin
1 sb susu tepung - saya tak letak

Cara-cara:



  1. Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. 
  2. Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam. 
  3. Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.
  4. Sapu base tadi dengan tomato puri/sos tomato. Kemudian letak inti yang disuka - untuk inti, boleh juga rujuk di sini atau ikut resepi dari Dayang Jack - dan taburkan keju parut di atasnya.
  5. Bakar pada suhu 180-190 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak (keperangan).




Photobucket

Wednesday

Keropok Lekor Perantau


Sarapan keropok lekor

Keropok Lekor


Bahan-bahan


1 kg ikan sardin/ikan tamban
500g tepung kanji
sedikit garam

Cara masakan



  1. Bersihkan ikan dan kisar halus. Masukkan sedikit garam semasa mengisar.
  2. Masukkan isi ikan yang dikisar dalam mangkuk dan campurkan dengan tepung kanji. Uli sebati dan bentukkan memanjang. Saya bentukkan kecil-kecil supaya senang, boleh terus digoreng.
  3. Rebus dalam air yang mendidih. Apabila keropok kelihatan timbul, bolehlah diangkat dan ditoskan.
  4. Boleh dimakan terus atau digoreng, mengikut kesukaan masing-masing.

Sos keropok

Bahan-bahan

Cili kering yang dikisar
Air
Asam jawa/cuka
manisan/gula melaka
garam
** kuantiti setiap bahan mengikut kesesuaian masing-masing

Cara masakan

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan jerang atas api sehingga mendidih.
  2. Perlahankan api dan renehkan sehingga agak pekat dan diangkat.
  3. Sedia untuk dihidang.


Photobucket

Thursday

Burger XL

Dah lama dah suami minta buatkan burger saiz besar ni. Ni penangan daripada rancangan tv kegemaran dia "Man vs Food" tu la. Disebabkan dah takde idea nak masak apa untuk dinner, jadinya buatlah burger ni bermula dari proses nak buat roti sampailah dagingnya. Resepi roti tu ambil dari website iluvislam. Copy paste aje lah resepi tu kat sini.







Roti Burger (Burger Bun)
Sumber : Resepi Masakan iluvislam.com

Bahan
(A)

400g tepung roti (kakak gune tepung gandum biase) - saya pun guna tepung gandum
20g gula (2tbsp)
6g garam (1tsp)
1 tbsp tepung susu
2 tsp yis segera

(B)
250ml air

(C)
30g lelemak sayuran (shortening) - saya gantikan dengan marjerin

Cara

1. Adun (A) sehingga sebati. Campur (B) dan uli sehingga menjadi doh.
2. Tambah (C) dan uli doh sehingga lembut.
3. Biar ia naik selama 45 minit atau berganda saiznya.
4. Bahagikan doh menjadi 80g sebahagian. Bentukkan menjadi bebola dan letak di atas dulang pembakar yg telah di gris. - step ni untuk buat saiz biasa. Kalau nak buat saiz XL, tak perlu bahagikan, cuma bentukkan jadi bebola
5. Biar ia menaik selama 15 minit. Kemudian ratakan sedikit dan biarkan ia menaik selama 30 minit.
6. Sapu dgn air dan tabur sedikit bijan ke permukaan.
7. Bakar pada suhu 190'C selama 12-15 minit.
8. Siap untuk di buat burger.

Resepi untuk beef patties, boleh rujuk di sini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.



Photobucket

Nasi Putih + Kari Ayam + Kobis Goreng Kunyit

Fuh, dah bersawang rupanya blog ni. Lama jugak tak update dalam blog ni. Bukannya tak boleh nak letak pun kalau lauk simple-simple, cuma bila lepas masak dan hidang tu, takde nak bergambar-gambar sangat. Tu yang jadi takde entri terbaru.

Macam pagi tadi, sempat jugaklah mengambil gambar lauk yang dimasak untuk 40 orang. Dah macam masak untuk kenduri je rasanya. Dapat tempahan makanan dari student undergrad untuk 40 orang dewasa, dan nak pulak pagi-pagi pukul 8. Apa lagi, lepas subuh pukul 5 tu terus je beroperasi. Alhamdulillah, walaupun dapur agar kecil dan keadaan agak berselerak akibat masak-masak, dapat jugalah selesaikan misi memasak dalam masa yang ditetapkan. Dah macam "My Kitchen Rule" pula rasanya. Hee...

Kita tayang gambar aje lah ye. Resepinya macam resepi kari biasa, cuma tambahkan lagi segala perencah mengikut kesesuaian.

Inilah hasilnya. Dalam periuk lagi.




Photobucket