Tuesday

Nasi Kuning

Ni menu hari Sabtu lepas. Tiba-tiba mulut terasa nak makan nasi kuning, terus je buka blog dapur masakan Secubit Garam sebab tahu pemilik blog atau lebih mesra dgn panggilan Kak Nor tu orang Terengganu. Jadi mesti ada resepi nasi kuning tu terselit dalam entri blog beliau. Alhamdulillah, pencarian yang tak menghampakan. Mehla kita salin dulu resepi dari dapur Secubit Garam, minta izin ye Kak Nor utk copy paste resepinya disini. Jzkk






Nasi Kuning
Resepi asal & Sumber : Kak Nor @ Secubit Garam


Bahan-bahan (ni sukatan kak Nor, saya buat ikut sukatan 2 orang makan)
4 cawan beras (cawan sukatan rice cooker)
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum cengkih
1/2 labu bawang besar ~ dihirs halus
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1in halia ~ diketuk
2 helai daun pandan - tak letak
garam
sedikit pewarna kuning - saya ganti dgn sedikit sebuk kunyit sbb takde pewarna kuning
air **
1 sudu besar minyak sapi - saya guna marjerin aje
1 sudu minyak

Cara-cara

  1. Basuh beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Panaskan minyak dan minyak sapi(marjerin) dlm periuk nasi (rice cooker)
  3. Masukkan kulit kayu manis dan cengkih.
  4. Masukkan juga bawang besar. Goreng hingga wangi dan bawang layu.
  5. Masukkan bawang putih, halia dan daun pandan.
  6. Bila bawang putih menjadi kekuningan, masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
  7. Masukkan garam dan pewarna kuning.
  8. Masukkan beras dan biarkan seketika.
  9. Alihkan periuk ke periuk nasi dan masak lah sehingga nasi masak.

Nasi kuning enak dimakan bersama lauk gulai ayam/daging/ikan aya(gulai nasi dagang), acar mentah, ikan masin dan sambal belacan.









Photobucket

No comments: