Dah lama terbiar sepi pulak blog ni. Gambar dah dimasukkan, tapi resepinya tak sempat-sempat nak diisi. Bila nak isi, internet pulak dah habis had penggunaan. Maklumlah, broadband aje, terhad penggunaannya.
Oklah, berbalik pada resepi kita, karipap mini ni dibuat sekali dengan serunding bilis tempoh hari. Buat serunding tu pun untuk diisi dalam karipap mini ni. Saya ambil resepi yang mudah ni dari laman blog Resepi Masakan Barat Komersial. Selamat mencuba.
Karipap Mini
Sumber : Resepi Masakan Barat Komersial
Bahan-bahan
400g tepung gandum
150ml air
1 sdt garam
4 sdb marjerin
1 cawan serunding
Cara-cara
- Larutkan garam dalam air.
- Dalam bekas lain, satukan tepung dan marjerin. Gaul sehingga marjerin tidak berketul.
- Masukkan air dalam adunan tepung dan uli sampai doh menjadi keras. Kandungan air bergantung pada tepung. Kalau agak-agak doh lembik, tambah tepung dan sebaliknya.
- Canaikan doh dalam anggaran 1mm, bentukkan bulat dan isi dengan inti. Kelim dan goreng dengan api perlahan.
1 comment:
wahh mnatap nichh
bsa di coba nich
hehe
Post a Comment