Tuesday

Roti naan lagi



Disebabkan kami berdiet nasi, maka suami request untuk masakkan roti naan je semalam. Tak berat sangat, tapi mengenyangkan. Kepada yang nak berdiet, boleh lah cuba buat roti naan sendiri. Resepinya ada di sini


Photobucket

Kek Kismis



Bahan-bahan


2 cawan tepung gandum - diayak
6 sudu besar marjerin
6 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk penaik
5 biji telur
kismis secukupnya

Cara penyediaan


1. Putar marjerin dan gula hingga kembang
2. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur sampai naik & masukkan dalam adunan marjerin dan gula tadi. Kacau rata
3. Masuk pula kuning telur dan kacau sebati
4. Masuk tepung sedikit demi sedikit dan kacau. Akhir sekali masukkan kismis dan gaul sebati
5. Bakar pada suhu 180 darjah selama lebih kurang 1 jam


Photobucket

Wednesday

Berkebun di tanah orang part 2



Hari Ahad 2 minggu lepas, sakan mengerjakan kawasan belakang rumah. Dengan pasu tuan rumah yang tak ada siapa gunakan, kami pinjam sementara masih menyewa di rumah ni. Semua yang dalam tanah dan dalam 'pasu' sementara (botol fresh milk) dah dipindahkan ke dalam pasu dan juga batu-bata yg dijadikan pasu ni. Hmm, puas jugak bertanam-tanam. Tak sabar nak tunggu hasil dia.



Photobucket

Friday

Lempeng kelapa + sambal ikan bilis


Yum!! Ni adalah menu sarapan pagi tadi. Dah lama teringin nak makan, tapi asyik buat benda lain je sampai terlupa nak buat lempeng yang simple ni. Rasanya ramai dah tahu resepi lempeng kelapa ni. Jadi, harini entri bergambar aje lah ye. Selamat menjamu selera.



Photobucket

Monday

Sunday

Homemade Kaya

Bangun pagi Jumaat lepas, terasa nak makan roti bakar dengan kaya. Tapi agak susah nak cari kaya kat supermarket kat sini. Kalau ada pun, dekat Asian Market yang letaknya lebih kurang15 km dari kawasan rumah. Mujurlah terjumpa resepi kaya kat blog Teratak Chetam. Saya minta izin share resepinya kat sini ye.

masih dalam periuk


Dah siap dibotolkan


Bahan-bahan


1 cawan gula + 1 cawan air ~ dibuat gula hangus dan disejukkan
1 cawan gula + 3 biji telur ~ dipukul sebati
1 1/2 cawan santan
2 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara


1. Masukkan adunan telur yang dipukul dengan gula ke dalam periuk. Masukkan juga santan & tepung jagung. Kacau atas api sederhana. Untuk mewangikan, tambah 2 helai daun pandan
2. Masukkan pula gula hangus dan kacau sehingga pekat/mendidih (+/- 20 minit)
3. Untuk buat kaya hijau (kaya pandan) masukkan sedikit pewarna hijau (saya gunakan pes pandan) dan masak lagi selama +/- 5 minit.
4. Sejukkan kemudian bolehlah disimpan di dalam botol.



Photobucket

Yee Mee



Bahan-bahan


5-6 ulas bawang putih - diracik halus
Halia sebesar ibu jari - dihiris nipis
5-10 batang cili kering - dipotong +/- 2cm
sayur-sayuran - sawi, carrot, baby corn (mengikut kesukaan)
ayam / udang
Shitake mushroom - saya guna mushroom dalam tin yang dah dicincang
Kicap cair
Sos tiram
Kicap pekat
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air

Cara-cara


1. Perapkan ayam / udang bersama kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Sukatan mengikut kuantiti ayam / udang. Biarkan seketika. Jika menggunakan shitake mushroom yang kering, rendamkan terlebih dahulu.
2. Untuk kuah, tumiskan bawang putih, halia & cili kering sampai naik bau.
3. Masukkan ayam yang diperap bersama dengan kicap-kicap tadi dan biarkan ayam empuk/masak. Kemudian masukkan pula sayur-sayuran.
3. Cendawan yang lembut tadi dimasukkan ke dalam kuah diikuti dengan sedikit air. Apabila menggelegak, masukkan sedikit bancuhan tepung jagung. Tunggu sehingga kuah menggelegak, tutup api.
4. Sanggai yee mee atas kuali tanpa minyak sehingga nampak kering. Tuangkan kuah ke atas yee mee. Sedia di makan.


Photobucket

Wednesday

Beef steak with grilled chips



Beef Steak


Daging lembu - dihiris nipis
Bawang besar - dikisar
Bawang putih - dikisar
Halia - dikisar
Kicap manis
Serbuk lada hitam
Sedikit garam

- Basuh daging dan perapkan dengan bahan-bahan di atas.
- Bakar di dalam oven ataupun di atas non-stick pan.
- Sedia di makan.

Grilled Chips


Kentang
Sedikit garam
Serbuk lada hitam
Sedikit minyak masak

- Buangkan kulit kentang dan potong memanjang.
- Basuh bersih dan lapkan dengan kain kering.
- Letakkan di atas loyang, taburkan sedikit garam, serbuk lada sulah dan minyak masak.
- Bakar di dalam grill atau di atas frying pan.


Photobucket

Tuesday

My First Red Velvet Cake

Akhirnya tercapai juga cita-cita nak buat kek RV ni. Kek ni dibuat khas sempena ulangtahun kelahiran encik suami.


Resepi asal di ambil dari blog My Happy Oven. Mintak kebenaran tuan blog untuk share resepinya kat sini ye.


Bahan-bahan

Bahan A

* 2 1/2 cawan tepung gandum (boleh juga guna tepung kek)
* 1 sudu kecil baking powder (kalau guna tepung kek, tak perlu BP)
1 1/2 cawan gula castor
* 1 sudu kecil Soda Bicarbonate
1 sudu kecil garam
* 1 sudu kecil serbuk koko (*diayak)

Bahan B

1 1/2 cawan minyak sayur (minyak masak pun boleh)
1 cawan buttermilk --> 1 cawan susu(suhu bilik dicampur dengan 1 sudu makan cuka dan dibiarkan selama 10 minit)
2 biji telur gred A
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu kecil cuka (Cuka makan pun boleh )
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

- Sebelum buat apa-apa, panaskan oven pada suhu 175˚C selama lebih kurang 15 minit (menggunakan api atas bawah) dan griskan loyang dengan minyak/butter.
- Masukkan gula castor dan garam ke dalam bahan yang telah diayak.
- Kemudia satukan pula bahan B dalam satu mangkuk dan kacau sebati.
- Tuangkan bahan A yang dicampurkan tadi ke dalam mangkuk berisi bahan B. Menggunakan mixer dengan kelajuan sederhana, mixed kan bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Kalau takde mixer, kacau guna kayu pengacau pun boleh.
- Setelah siap, tuangkan adunan ke dalam 2 biji atau sebiji loyang 9 inci yang telah digriskan dan bakar suhu 175˚C selama 30-35 minit.
- Sejukkan kek dan sementara itu bolehlah buat Cream Cheese Frosting.

CREAM CHEESE FROSTING

250 gms Cream Cheese
1 cawan gula aising
1 1/2  cawan butter

- Satukan semua bahan  di atas dan pukul gunakan mixer kelajuan sederhana sehingga kembang sekali ganda . Siap utk digunakan.
- Belah tengah kek yang telah sejuk dan sapukan frosting di atas lapisan yang telah dipotong (macam dalam gambar).
- Kemudian sapukan pula ke keseluruhan kek. Kalau ada lebih, bolehlah diwarnakan dan dihiaskan mengikut kesukaan.




Photobucket

Monday

Sos Perang

Sos perang


Sos ni sesuai di makan bersama chicken chop atau beef steak ataupun sebagai gravy mash potato. Diceduk dari blog MIL.

Bahan-bahan



1 biji bawang besar (dicincang)
4 sudu makan butter/margerine
1 cawan susu segar
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap pekat
1 tin cendawan butang (dihiris nipis-optional)
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1 cawan air)              
               
- Cairkan marjerin di dalam periuk dan tumiskan bawang merah.
- Bila wangi masukkan tepung gandum dan gaul rata.
- Masukkan juga dan terus kacau di atas api perlahan.
- Setelah itu masukkan serbuk lada hitam dan kicap pekat.
- Campurkan cendawan yang dihiris nipis.
- Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh ke dalam sos kacau rata. Matikan api apabila menggelegak.


Sesuai dihidangkan bersama chicken chop



Photobucket

Chicken Chop With Homemade Fries


Chicken Chop

Dada ayam (beli kat supermarket yang dah siap buang tulang)
Telur
Tepung Gandum
Serbuk Lada Sulah/Hitam
Pati Ayam(jika ada)
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

- Basuh ayam dan perapkan dengan serbuk lada sulah/hitam, serbuk pati ayam dan garam.
- Panaskan minyak.
- Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian celup ayam tadi ke dalam telur yang telah dipukul. Setelah itu terapkan ayam yang bersalut telur ke atas tepung.
- Goreng sehingga agak garing. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Home Made Fries

Kentang (ikut suka banyak mana)

- Buang kulit kentang.
- Potong secara memanjang dan basuh kesemua kentang tersebut.
- Lapkan kentang dengan kain atau tuala kering dan goreng seperti biasa.




Photobucket

Friday

Chocolate Cheese Cake

Nipis sikit sebab buat 1/2 adunan je

Jomlah tengok resepi kek ni.

Bahan-bahan

Untuk base
2 1/4 cawan biskut coklat (dihancurkan)
140g marjerin (dicairkan)

Untuk kek
150g dark chocolate (dicairkan)
500g cream cheese
1/2-3/4 gula castor
3 bj telur
1 cawan light sour cream
2 sudu teh esen vanila

Caranya


1. Campurkan biskut yang telah dihancurkan bersama marjerin. Tekan adunan tadi ke dasar & tepi loyang.
2. Pukul dark choc yang dicairkan bersama cream cheese & gula castor. Kacau sebati.
3. Masuk telur & pukul. Kemudian masukkan light sour cream & esen vanila sambil terus mengacau.
4. Tuangkan adunan dalam loyang yang mengandungi biskut hancur & bakar pada suhu 175-180°C selama 1 jam.
5. Biarkan kek sejuk seketika dalam oven sebelum dihidangkan. Selamat mencuba.

Photobucket

Monday

Pizza

Dah lama sangat blog ni ditinggalkan. Mood mengupdate blog tak datang-datang, bukannya malas ke dapur. Hari ni nak kongsi resepi pizza semalam. Pizza inti daging kari.



Bahan-bahan
Roti pizza


300g tepung gandum
1 sudu makan mentega
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
secawan air

Inti


Daging cincang
1 labu bawang besar (potong bulat)
sedikit serbuk kari
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Roti Pizza


1. Masukkan yis ke dalam secawan air dan biarkan seketika sampai berbuih.
2. Satukan tepung dengan mentega di dalam mangkuk. Gaul rata dengan tangan. Masukkan garam dan gula dan digaul lagi.
3. Masukkan air yang dicampur yis ke dalam mangkuk berisi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekit. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan ia mengembang (lebih kurang 30-40 minit)

Inti


1. Untuk inti, tumiskan bawang besar yang dipotong bulat.
2. Kemudian masukkan serbuk kari. Gaul rata.
3. Setelah itu baru masukkan daging cincang. Gaul sehingga rata. Tutup api setelah masak.
4. Doh roti pizza yang telah kembang bolehlah digelek bulat atau bentuk yang anda suka.
5. Sapukan pes tomato puri ataupun sos tomato ke atas roti diikuti dengan shredded cheese. Kemudian isikan inti yang telah dimasak tadi dan akhiri dengan sedikit taburan shredded cheese.
6. Bakar dalam oven pada suhu 190 darjah celcius selama lebih kurang 20-30 minit. Selamat mencuba



Photobucket

Friday

Berkebun di tanah orang

Aktiviti berkebun ni sebenarnya kesukaan suami. Sejak kahwin, jadi terikut-ikut pulak berkebun. Tambah lagi kat sini bahan-bahan masakan macam cili dan daun kesum tu susah nak dapat. Kalau ada jual pun, harga dia mahal sangat.

Ni ada dua jenis tanaman yang biasa diguna dalam bahan masakan yang sempat saya tanam di rumah sewa ni. Harap-harap hidup suburlah pokok-pokok ni.

Daun kesum ~ Sesuai untuk laksa penang dan asam pedas

Anak pokok cili ~ Harap tumbuh dengan sihat




Photobucket

Mari Menjala Roti

Semalam memang dah takde idea sangat nak masak apa, last-last terfikir nak try buat roti jala. Acuan yang diberi oleh seorang kakak masa awal-awal sampai sini dulu, tak pernah digunakan lagi. Apa lagi, main jala-jala lah kita.



Disebabkan bukan keturunan nelayan (baca: tak reti menjala) maka, hasilnya tak berapa nak memuaskan lah seperti gambar di atas, tapi rasa, alhamdulillah. Boleh diterima tekak suami lagi. Tu paling penting. Hehe. Ni resepi roti jala untuk 2 orang makan. Selamat mencuba.

Roti Jala


Bahan-bahan



1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
margerin/minyak

Cara-cara



1. Campurkan air, telur, serbuk kunyit dan garam.
2. Kemudian campurkan bahan-bahan tadi dengan tepung, kacau sampai sebati tanpa berketul-ketul. Kalau nak senang blender je semua bahan-bahan tu.
3. Panaskan non-stick pan dan lenserkan dgn sedikit margerin/minyak.
4. Masukkan adunan kedalan acuan roti jala dan tebarkan dalam pan.
5. Bila dah sedikit garing, angkat.


6. Boleh dihidangkan bersama kuah kari ataupun sambal tumis.


Photobucket

Nasi Lemak Kukus



Disebabkan kerajinan dan takde kerja, maka sesaja lah nak try buat nasi lemak kukus (baca:nak try pengukus baru). Godek punya godek, jumpalah resepi nasi lemak kukus yang simple kat blog E-Na Lovely Kitchen. Minta izin copy paste resepinya di sini ya.

Nasi Lemak Kukus


Bahan-bahan



450 gram beras ~ saya guna 225g long grain rice
150 ml santan tin (pekat) ~ 75ml utk 225g beras
100ml air ~ 50ml
1/2 sudu kecil halba ~ saya tak letak
1/2 sudu kecil garam
3 hiris halia
1 ulas bawang putih- di hiris nipis ~ tak letak jugak
1 helai daun pandan (optional)
Bahan-bahan lain:
100ml air panas / suam (jika perlu)

Cara-cara
1. Cuci beras dan rendam selama 1 jam.
2. Didihkan air di dalam pengukus, masukkan beras ke dalam kukusan bersama sehelai daun pandan.
3. Ratakan kemudian lubangkan dengan jari di beberapa tempat. Kukus selama 15 minit.
4. Di dalam bekas masukkan santan, air, garam, halba dan bawang putih. Kacau sikit. Kemudian masukkan nasi ke dalam bekas santan dan kacau rata.
5. Tuang semula nasi ke dalam pengukus, ratakan dan buat lubang seperti tadi. Kukus lagi 15 minit.
6. Jika nasi masih keras, angkat dan masukkan ke dalam bekas dan masukkan 100ml air panas / suam (sejuk pun boleh) dan kacau rata. Kukus semula selama 10 minit.
7. Setelah masak angkat dan masukkan ke dalam rice cooker, tekan button warm untuk kekal panas.
8. Sedia untuk dihidangkan.






Photobucket

Thursday

Menu pagi Syawal

Dah lama pulak tak update blog. Bukan mood raya sangat pun, tapi takde mood nak mengupdate. Sedih sungguh beraya di negara orang, takde saudara mara ditambah lagi keluarga Malaysia di sini tak merayakan Aidilfitri pada hari yang sama. Jadinya, berduaan dgn suami jelah sambut 1 Syawal tahun ni.
Tapi, walaupun berdua je, juadah tetap meriah you. Dah lah 1st time ni buat semua lauk-pauk tu dari A-Z. Alhamdulillah, menjadi jugak rendang daging, kuah kacang, nasi impit, dan sate. Tapi tak sempat la pulak nak photoshoot pulak, yang sempat sate ayam dan nasi impit je.

Sate ayam Samurai bak kata suami...sebabnya sate ni panjang sangat..

Nasi impit

Nasi impit yang siap dipotong dan dimakan

Salam Aidilfitri....



Photobucket

Saturday

Homemade Burger

Entri ni khas buat tatapan adik-beradik yang berada di Malaysia. Inilah menu iftar kami pada hari ini - request daripada abg ngah yang dah boring makan nasi katanya. Hihi. Harini kitorang western sikitlah kan. Homemade burger lagi....


Kat bawah ni resepi beef patty. Tak sama macam sebelum ni (tgk sini). Selamat mencuba....

Bahan-bahan (4 patties)


500g daging cincang
2 sudu makan breadcrumbs
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
secubit garam
sebiji telur

Cara-cara


1. Gaulkan daging cincang bersama breadcrumbs. Taburkan sedikit serbuk lada sulah, lada hitam dan garam.
2. Pukul sebiji telur dalam mangkuk yang lain. Curahkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan daging cincang tadi sehingga agak-agak adunan tu mesra. Jangan curah terlalu banyak telur, nanti adunan lembik.
3. Gumpalkan adunan menjadi seperti bola kemudian leperkan dan bentukkan bulat. Kalau ada acuan telur mata, lagi senang nak bulatkan.
4. Goreng daging burger tadi sehingga masak. Hidang bersama roti dan sayur-sayuran. Siap untuk dingappp..



Photobucket

Monday

Nasi Lemak Sambal Udang

Ni juadah buka puasa kami semalam. Simple je, nasi lemak dan sambal udang.





Photobucket

Onde-onde buah melaka


1st time nak try buat onde-onde ni. Selama ni tolong ma gelek-gelek je. Resepi ni ambik dari blog chef Hanieliza. Kalau nak cuba, bolehlah tengok resepi kat bawah ni.

Bahan-bahan


2 cawan tepung pulut
2 ketul gula melaka (atau secukupnya)
jus pandan secukupnya (saya guna 1/2 sudu kecil pes pandan)
1/2 biji kelapa parut (ambil yang putih)

Cara-cara
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit. Kalau menggunakan pes pandan, bancuh tepung dengan air, kemudian baru masukkan pes pandan. Boleh juga nak campur pes pandan dengan air. Bancuh sehingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari, leperkan dan masukkan gula melaka ditengahnya. Gentel sehingga bulat.
3. Didihkan air, kemudian masukkan bebola pulut tadi.
4. Angkat bila bebola pulut mula timbul dan boleh digolekkan atas kepala parut. Sedia untuk dihidang.


Photobucket

Ayam Percik ala Pantai Timur

Ni juadah hari Khamis ke Jumaat haritu. Tapi, sorry lah along. Lupa sangat-sangat nak ambik gambar. Terliur sangat dengan kuah golek (percik) tu. Ni resepi untuk ayam percik atau nama lainnya golek ayam. Resepi ibu tercinta ni.

Bahan-bahan (4 orang makan)
4-6 ketul ayam yang telah dipotong
10-15 tangkai cili kering* (suka pedas, boleh banyakkan)
1 ulas bawang putih*
10 biji bawang merah*
1 inci halia* (*dikisar)
serbuk kunyit
1/2 biji kelapa

Bahan perap ayam
1cm halia
1 sudu kecil jintan manis
garam
serbuk kunyit

Cara-cara
1. Tumbuk/kisar bahan-bahan perap ayam kemudian perapkan ayam tersebut lebih kurang 10-20 minit. Bakar ayam dalam oven atau panggang atas kuali.
2. Untuk kuah, campurkan kesemua bahan-bahan yang dikisar + serbuk kunyit dengan santan (tak terlalu cair) & masak sehingga mendidih.
3. Sambil memanggang atau membakar ayam, curahkan sedikit kuah ke atas ayam menggunakan serai yang dititik.
4. Apabila ayam masak, curahkan kesemua kuah ke atas ayam tersebut. Siap untuk dihidangkan



Photobucket

Fish & Chips + Sausage Roll

Fish & Chips
Sausage roll




Photobucket

Thursday

Lauk lama (hari Isnin lepas)

Dah lama nak update, tapii asyik malas nak edit gambar (malas nak transfer dalam pc). Lauk takde menarik sangat pun, cuma tomyam, daging masak merah, kailan ikan masin je.

Harini rasa macam nak buat fish & chips dan sausage roll. Kalau sempat, nanti akan di upload gambarnya. Sekian.



Photobucket