Saturday

Homemade Burger

Entri ni khas buat tatapan adik-beradik yang berada di Malaysia. Inilah menu iftar kami pada hari ini - request daripada abg ngah yang dah boring makan nasi katanya. Hihi. Harini kitorang western sikitlah kan. Homemade burger lagi....


Kat bawah ni resepi beef patty. Tak sama macam sebelum ni (tgk sini). Selamat mencuba....

Bahan-bahan (4 patties)


500g daging cincang
2 sudu makan breadcrumbs
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
secubit garam
sebiji telur

Cara-cara


1. Gaulkan daging cincang bersama breadcrumbs. Taburkan sedikit serbuk lada sulah, lada hitam dan garam.
2. Pukul sebiji telur dalam mangkuk yang lain. Curahkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan daging cincang tadi sehingga agak-agak adunan tu mesra. Jangan curah terlalu banyak telur, nanti adunan lembik.
3. Gumpalkan adunan menjadi seperti bola kemudian leperkan dan bentukkan bulat. Kalau ada acuan telur mata, lagi senang nak bulatkan.
4. Goreng daging burger tadi sehingga masak. Hidang bersama roti dan sayur-sayuran. Siap untuk dingappp..



Photobucket

Monday

Nasi Lemak Sambal Udang

Ni juadah buka puasa kami semalam. Simple je, nasi lemak dan sambal udang.





Photobucket

Onde-onde buah melaka


1st time nak try buat onde-onde ni. Selama ni tolong ma gelek-gelek je. Resepi ni ambik dari blog chef Hanieliza. Kalau nak cuba, bolehlah tengok resepi kat bawah ni.

Bahan-bahan


2 cawan tepung pulut
2 ketul gula melaka (atau secukupnya)
jus pandan secukupnya (saya guna 1/2 sudu kecil pes pandan)
1/2 biji kelapa parut (ambil yang putih)

Cara-cara
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit. Kalau menggunakan pes pandan, bancuh tepung dengan air, kemudian baru masukkan pes pandan. Boleh juga nak campur pes pandan dengan air. Bancuh sehingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari, leperkan dan masukkan gula melaka ditengahnya. Gentel sehingga bulat.
3. Didihkan air, kemudian masukkan bebola pulut tadi.
4. Angkat bila bebola pulut mula timbul dan boleh digolekkan atas kepala parut. Sedia untuk dihidang.


Photobucket

Ayam Percik ala Pantai Timur

Ni juadah hari Khamis ke Jumaat haritu. Tapi, sorry lah along. Lupa sangat-sangat nak ambik gambar. Terliur sangat dengan kuah golek (percik) tu. Ni resepi untuk ayam percik atau nama lainnya golek ayam. Resepi ibu tercinta ni.

Bahan-bahan (4 orang makan)
4-6 ketul ayam yang telah dipotong
10-15 tangkai cili kering* (suka pedas, boleh banyakkan)
1 ulas bawang putih*
10 biji bawang merah*
1 inci halia* (*dikisar)
serbuk kunyit
1/2 biji kelapa

Bahan perap ayam
1cm halia
1 sudu kecil jintan manis
garam
serbuk kunyit

Cara-cara
1. Tumbuk/kisar bahan-bahan perap ayam kemudian perapkan ayam tersebut lebih kurang 10-20 minit. Bakar ayam dalam oven atau panggang atas kuali.
2. Untuk kuah, campurkan kesemua bahan-bahan yang dikisar + serbuk kunyit dengan santan (tak terlalu cair) & masak sehingga mendidih.
3. Sambil memanggang atau membakar ayam, curahkan sedikit kuah ke atas ayam menggunakan serai yang dititik.
4. Apabila ayam masak, curahkan kesemua kuah ke atas ayam tersebut. Siap untuk dihidangkan



Photobucket

Fish & Chips + Sausage Roll

Fish & Chips
Sausage roll




Photobucket

Thursday

Lauk lama (hari Isnin lepas)

Dah lama nak update, tapii asyik malas nak edit gambar (malas nak transfer dalam pc). Lauk takde menarik sangat pun, cuma tomyam, daging masak merah, kailan ikan masin je.

Harini rasa macam nak buat fish & chips dan sausage roll. Kalau sempat, nanti akan di upload gambarnya. Sekian.



Photobucket

Saturday

Lasagna for iftar

Salam. Pagi-pagi lagi encik suami dah mintak try buat lasagna untuk iftar hari ni. Godek punya godek, jumpalah resepi lasagna (klik sini) bersama dengan resepi untuk kulit sekali (sini). First time try, alhamdulillah menjadi jugaklah. Jom tengok resepi lasagna.



Kulit Lasagna


Bahan-bahan


1/2 kg tepung gandum
3 biji telur
3 sdt minyak masak
1sdt garam
air

Cara-cara


1. Campur tepung gandum & telur, tambahkan garam, minyak dan sedikit air. Kacau rata (jika terlalu kering, tambahkan air sikit-sikit)
2. Uli adunan atas papan sehingga sebati (agak-agak 15 minit) dan tutupkan dengan plastik selama 30 minit.
3. Selepas itu, gelekkan doh senipis yang mungkin. Taburkan tepung sedikit jika melekat. Tunggu sehingga permukaan kering sedikit, barulah potong mengikut saiz yang dikehendaki.



Resepi Lasagna


Bahan-bahan


500g daging cincang
kulit lasagna
397g sos pasta
+/- 120g mozarella cheese
6 ulas bawang merah (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
1/2 batang carrot (potong panjang)
1/2 biji capsicum (potong panjang)
2 biji tomato (didadu)
3-4 biji cendawan butang (optional)
garam & gula secukup rasa
mentega & minyak

Cara-cara


1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Masukkan daging cincang dan kacau sampai masak.
2. Masukkan sos pasta & kacau rata. Masuk carrot, capsicum dan tomato. Masukkan juga garam dan gula, tunggu sehingga kesemuanya masak.
3. Kalau menggunakan kulit lasagna yang dibeli, rendamkan kulit tersebut dalam air panas.
4. Sapu dulang dengan mentega dan alas kepingan kulit lasagna tadi sehingga menutupi dulang.
5. Letak 1 lapisan nipis sos daging atas kulit lasagna, kemudian cendawan butang diikuti lapisan cheese (optional).
6. Kemudian tutup dengan lapisan kulit lasagna dan ulang langkah sama sampai habis sos daging. Lapisan atas sekali boleh ditutup sama ada dengan kulit lasagna ataupun cheese.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180 dc selama 30-40 minit.


Photobucket

Ayam sweet sour

Salam. Ni lauk iftar hari Khamis lepas. Tak sempat nak upload haritu. Menu ni adalah ilham daripada mak mertua saya.



Bahan-bahan (2-4 orang makan)


3-4 keping isi ayam (dipotong dadu)
1 biji telur
sedikit tepung gandum
1 biji bawang besar (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (hiris)
sos tomato
sos cili
sayur campur (mengikut suka, boleh juga letak timun & nenas yg dipotong dadu)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara


1. Ayam yang dipotong dadu digoreng terlebih dahulu. Cara menggoreng ayam - salut ayam pada telur, kemudian disalutkan dengan tepung dan goreng sehingga masak/garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Masukkan halia, bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tomato, sos cili garam dan gula. Masukkan air jika terlebih pekat (Jika suka berkuah, boleh letak air banyak).
4. Apabila agak-agak mendidih sedikit, masukkan sayur campur. Biarkan sampai sayur masak.
5. Akhir sekali bolehlah masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul rata bersama sos sweet sour.
6. Bila dah masak boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.



Photobucket

Wednesday

Pizza ala Jamie Oliver

Resepi ni di ambil dari rancangan masak-masak Jamie Oliver. Agak simple dan menarik. Selamat mencuba.



Bahan-bahan


1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan air
1 sudu minyak masak (olive oil lagi bagus)
secubit garam

Untuk Isi


Sosej
capsicum
keju parut
tomato puree/sos tomato

Cara-cara

1. Campurkan tepung, air, minyak masak dan garam dalam mangkuk dan uli. Kalau ada food processor, campur je semua dan biar sampai adunan sebati.
2. Apabila semuanya dah sebati, uli adunan tersebut. Kalau melekit, tambahkan sedikit tepung. Uli lagi sehingga takde yang melekat di tangan.
3. Canai doh, buat bentuk bulat seperti roti pizza.dan letakkan di atas pan (non-stick pan lagi bagus) yang telah dicurahkan sedikit minyak dan masak dengan api sederhana.
4. Taburkan sos tomato/tomato puree di atas roti pizza diikuti bahan-bahan isi yang lain. Akhir sekali taburkan keju parut.
5. Apabila bawah roti sudah agak garing, bolehlah pindahkan pizza tersebut ke dalam grill (atau boleh gunakan oven-GUNA API ATAS SAHAJA). Tunggu sehingga bahan-bahan topping tersebut masak - anggaran dalam 10 minit.
6. Setelah siap, keluarkan dari oven dan sedia untuk dimakan.



Photobucket

Pasta Simple





Bahan-bahan


250g pasta (saya guna jenis curl)
250g daging cincang
1/2 biji bawang besar (cincang)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
350g tomato puree
sayur campur

Cara-cara


1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan daging cincang.
2. Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga daging masak.
3. Masukkan tomato bersama capsicum. Masukkan juga sos tomato puree, sedikit garam, gula dan juga serbuk lada hitam (kalau suka). Kemudian masukkan sayur campur, tunggu sehingga kuah mendidih.
4. Akhir sekali boleh masukkan pasta yang telah direbus terlebih dahulu. Sedia untuk dihidang.




Photobucket

Tuesday

Nasi Goreng Mentega

Ni makanan berbuka semalam. Disebabkan sup ayam + sambal ayam leftover hari ahad tu masih berbaki, sengaja memilih menu nasi goreng sebagai hidangan berbuka. Resepi ni ambik dari blog Secubit GaramKepada tuan rumah, mintak izin C&P resepinya kat sini ye.



NASI GORENG MENTEGA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
2 cawan beras ~ ditanak menjadi nasi
2 sudu besar butter
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 btg kayu manis
3 kuntum cengkih
2 bj buah pelaga
1 biji telur ~ dikocok
3 - 5 bj cili api ~ dihiris
sedikit serbuk pati ayam
garam

Cara:
Panaskan mentega hingga cair dan tumis bawang putih, kayu manis, cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
Masukkan nasi dan kacau hingga rata.
Alihkan nasi ke tepi kuali dan masukkan telur dan biarkan telur sedikit mengeras.
Kacau sekejap nasi bersama telur dan masukkan cili api dan juga garam secukup rasa.
Goreng sekejap sambil dikacau nasi hingga sebati.
Angkat dan hidangkan panas2 dgn lauk2 yg disukai (nak makan gitu saja pun boleh)




Photobucket

Kue tiaw for iftar





Photobucket

Karipap Roti Roll?

Resepi ni dicipta sendiri disebabkan teringin bebenor nak makan sardin roll. Tapi sardinnya payah nak dapat kat tempat orang ni. Maka, terciptalah resepi ni. Inti dia ala-ala karipap je sebenarnya. Resepi tak ingat sangat, tapi hasilnya macam dalam gambar ni lah..

Roti-karipap roll




Photobucket

Ayam Paprik

Resepi ni dah lama buat. Agak-agak hari kedua puasa (ketiga Ramadhan di Malaysia), tapi baru berkesempatan nak post. Selamat mencuba.


Bahan-bahan (4 orang)


4 keping ayam isi (dipotong dadu)
1/2 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 cm halia*
segenggam cili kering* (kalau suka pedas boleh letak banyak)
sedikit belacan
sos tomato
sos tiram
garam, gula, perasa
1 batang carrot
cauliflower
1 biji tomato
2 batang serai

Cara-cara


1. Gorengkan ayam sehingga kekuning-kuningan.
2. Dalam kuali yang sama, tumiskan bahan-bahan kisar (bertanda *) sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tomato dan sos tiram, garam, gula dan perasa. Tambah sedikit air. Jika suka berkuah, boleh letak banyak.
4. Masukkan pula sayur-sayuran dan juga serai yang telah diketuk. Tunggu sehingga sayur-sayuran tadi masak dan kuah hampir mendidih, boleh masukkan tomato.
5. Tutup api apabila semuanya masak. Sedia untuk dihidang.



Photobucket