Salam. Pagi-pagi lagi encik suami dah mintak try buat lasagna untuk iftar hari ni. Godek punya godek, jumpalah resepi lasagna (klik sini) bersama dengan resepi untuk kulit sekali (sini). First time try, alhamdulillah menjadi jugaklah. Jom tengok resepi lasagna.
Kulit Lasagna
Bahan-bahan
1/2 kg tepung gandum
3 biji telur
3 sdt minyak masak
1sdt garam
air
Cara-cara
1. Campur tepung gandum & telur, tambahkan garam, minyak dan sedikit air. Kacau rata (jika terlalu kering, tambahkan air sikit-sikit)
2. Uli adunan atas papan sehingga sebati (agak-agak 15 minit) dan tutupkan dengan plastik selama 30 minit.
3. Selepas itu, gelekkan doh senipis yang mungkin. Taburkan tepung sedikit jika melekat. Tunggu sehingga permukaan kering sedikit, barulah potong mengikut saiz yang dikehendaki.
Resepi Lasagna
Bahan-bahan
500g daging cincang
kulit lasagna
397g sos pasta
+/- 120g mozarella cheese
6 ulas bawang merah (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
1/2 batang carrot (potong panjang)
1/2 biji capsicum (potong panjang)
2 biji tomato (didadu)
3-4 biji cendawan butang (optional)
garam & gula secukup rasa
mentega & minyak
Cara-cara
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Masukkan daging cincang dan kacau sampai masak.
2. Masukkan sos pasta & kacau rata. Masuk carrot, capsicum dan tomato. Masukkan juga garam dan gula, tunggu sehingga kesemuanya masak.
3. Kalau menggunakan kulit lasagna yang dibeli, rendamkan kulit tersebut dalam air panas.
4. Sapu dulang dengan mentega dan alas kepingan kulit lasagna tadi sehingga menutupi dulang.
5. Letak 1 lapisan nipis sos daging atas kulit lasagna, kemudian cendawan butang diikuti lapisan cheese (optional).
6. Kemudian tutup dengan lapisan kulit lasagna dan ulang langkah sama sampai habis sos daging. Lapisan atas sekali boleh ditutup sama ada dengan kulit lasagna ataupun cheese.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180 dc selama 30-40 minit.
No comments:
Post a Comment